Thursday, March 26, 2015

Catatan Perjalanan Utara India: Gulmarg

Bersambungan dari post yang sebelumnya, kali ni saya nak share lebih detail catatan perjalanan saya ke Gulmarg. Trip ke utara India saya bersama my father (mahram while travelling is so important to me) and also my sister. Saya cadangkan untuk pergi ramai, boleh jimatkan kos pengangkutan kat sana.

Baiklah. Mengambil kira kos, dan jarak yang tak jauh dari Srinagar ke Gulmarg, saya ambil keputusan untuk tidak bermalam di Gulmarg. Pagi bertolak ke Gulmarg, kemudian petangnya kembali ke Srinagar. Sepanjang 4 malam disana hanya menginap di Srinagar, hotel budget di Dal Gate. Mudah berjalan sekitar Dal Lake dan banyak kedai makan disitu.

Pilihan yang ada untuk ke Gulmarg dari Srinagar samaada van Innova (with aircond atau no aircond), shared taxi (sumo), mahupun bas. Jadi saya naik shared taxi, kereta ala2 Unser/Jeep. Kebiasaanya shared taxi ni akan disumbat sepenuh-penuhnya dan akan sentiasa berhenti untuk ambil dan turunkan penumpang.

Sebab taknak jadi sardin dalam shared taxi, saya naik kenderaan shared taxi tu tapi tanpa penumpang lain. Lepas Babah tawar menawar main cincai cincai dengan orang sana, dapat la Rs 1900 satu kereta untuk full day trip pergi balik. Lebih jimat jika ramai sebab dikira per kereta. Senang takde penumpang lain jika nak berhenti ke toilet dimana-mana (sebab malam sebelumnya semua sakit perut makan maggi mungkin air tak bersih), berhenti untuk makan, solat etc. Tidaklah selesa berbanding van Innova tapi masih ok.

Perjalanan ke Gulmarg dari Srinagar ambil masa lebih kurang  2 jam dengan keadaan jalan yang agak bengkang bengkok dan mendaki. Ditambah dengan cara pemanduan orang sana, paling dasyat saya kira berbanding di Indonesia dan Thailand. Jantung dah banyak kali nak tercabut. Bagi yang senang mabuk kena prepare. Saya asyik kunyah mentos je nak elak muntah. Tapi sepanjang jalan akan disajikan dengan pemandangan yang indah indahhhhh. Semakin naik ke atas, semakin sejuk suhu, semakin cantik lah permandangan.

Sampai di Gulmarg, kereta parking di kawasan parking. Dari kawasan parking untuk ke counter gondala dalam 2 km or less. Boleh je berjalan kaki jika fit dan larat. Tapi boleh jimat masa naik pony je. Dapat Rs 700/seorang pergi ke counter gondola dan balik semula ke kereta. Mahal tapi apakah daya nak jalan kaki Babah tak larat.

View semasa pony rides dari kereta ke counter gondola.

Tiket untuk naik gondola dah beli siap-siap di airport Srinagar harga dalam Rs 1400/seorang untuk ke Kungdoor (phase 1) dan Aparwath (phase 2). Gulmarg gondola ni world's second highest operating cable car jadi rugi kalau tak naik. Di Aparwath, sebab di kawasan yang sangat tinggi, sesetengah orang akan rasa altitude sickness. Tapi saya masih sangat enjoy dengan view di Aparwath. Breathtaking! Taknak balik!


Kungdoor, 8,530 ft (Phase 1).

Aparwath, 13 780 ft (Phase 2).

Juga di Aparwath.

Kita abaikan sickness yang datang.

View dalam gondola semasa turun dari Aparwath.

Gayat habis.



Selepas turun dari Kungdoor dan Aparwath, boleh lunch di kawasan sekitar. Ada banyak kedai makan. Petangnya, terus pulang ke Srinagar naik kenderaan dan pemandu yang sama. Saya enjoy berada di Gulmarg walaupun masa musim summer. Terdetik betapa kecilnya kita dibumi yang sangat luas ini. 



"Berjalanlah dimuka bumi ini dan semoga dapat membuka mata, hati dan fikiran untuk mengambil pelajaran darinya."

Thursday, March 19, 2015

Catatan Perjalanan Utara India: Srinagar (Overview)

Diberi kesempatan dan peluang untuk ke Kashmir, India dikira sangat bertuah. Alhamdulillah dikurniakan rezeki secukupnya.

Route
Mengambil kira kos dan sentiasa perlu berjimat, mengambil keputusan untuk ke Srinagar menggunakan route KL-Kochi-Srinagar-Kochi-KL. Memandangkan tiada direct flight ke Srinagar dari KL, dan harga flight KL ke New Delhi yang sangat tinggi (lebih dekat untuk ke Srinagar), jadi terpaksa menggunakan route yang jauh dari selatan India ke utara India tapi dikira paling murah.

Masa
Trip ni ambil masa lebih kurang 7 hari dan 6 malam dimana 2 malam di Kochi, dan selebihnya bermalam di Srinagar. Waktu ni bulan Ogos 2014 tengah summer di Srinagar. Tapi tak panas sangat dan tak sejuk sangat. Diberitahu oleh penduduk Srinagar, waktu terbaik untuk melawat Kashmir adalah pada April-Mei.

Penerbangan
KL ke Kochi menggunakan pesawat Air Asia. Overnight dia luar airport Kochi dan esoknya Kochi ke Srinagar (transit di New Delhi) lebih kurang 4 jam penerbangan naik domestic flight di India iaitu Indigo. Saya recommend Indigo sebab tak banyak masalah. Srinagar ke Kochi pun naik Indigo lepas tu dapat pulak sama flight dengan Rani Mukherjee. Retis bollywood tuuu.

Tempat Dilawati
Srinagar City, Dal Lake, Pahalgam, Gulmarg dan Sonamarg. Tempat-tempat yang saya lawati nanti  saya share pada post seterusnya untuk lebih terperinci dan gambaran yang jelas.

Kos
Dan semestinya, mengenai kos, saya dapati kos perjalanan ke Kashmir ni sangat murah. Makan murah, hotel murah, pengangkutan pun murah cuma perjalanan domestic di dalam India saya terpaksa naik flight untuk jimatkan masa. Sejujurnya, dengan cara backpacking ni, saya hanya berbelanja separuh dari harga yang biasa ditawarkan oleh tour agent. Atau mungkin lebih dari separuh.

Dal Lake

Sonamarg

Pahalgam

Gulmarg

Walaupun dikatakan tak aman, banyak pergolakan di Srinagar pada masa tu, trip ni tetap diteruskan. Akan jumpa ramai tentera bersenjata mengawal keadaan dimana-mana tapi sepanjang trip saya ni tidak ada langsung insiden tak di ingini berlaku. 

Overall, trip ke Srinagar di Kashmir ni saya kira sangat best. Setiap perjalanan dihidangkan dengan permandangan yang sangat memukau. Kawasan dan persekitaran yang buat kita taknak balik. You won't regret to be in Kashmir! Kos perjalanan, masa, tenaga yang dihabiskan dikira sangat berbaloi.

Alhamdulillah.




"Berjalanlah dimuka bumi ini dan semoga dapat membuka mata, hati dan fikiran untuk mengambil pelajaran darinya."