Diberi kesempatan dan peluang untuk ke Kashmir, India dikira sangat bertuah. Alhamdulillah dikurniakan rezeki secukupnya.
Route
Mengambil kira kos dan sentiasa perlu berjimat, mengambil keputusan untuk ke Srinagar menggunakan route KL-Kochi-Srinagar-Kochi-KL. Memandangkan tiada direct flight ke Srinagar dari KL, dan harga flight KL ke New Delhi yang sangat tinggi (lebih dekat untuk ke Srinagar), jadi terpaksa menggunakan route yang jauh dari selatan India ke utara India tapi dikira paling murah.
Masa
Trip ni ambil masa lebih kurang 7 hari dan 6 malam dimana 2 malam di Kochi, dan selebihnya bermalam di Srinagar. Waktu ni bulan Ogos 2014 tengah summer di Srinagar. Tapi tak panas sangat dan tak sejuk sangat. Diberitahu oleh penduduk Srinagar, waktu terbaik untuk melawat Kashmir adalah pada April-Mei.
Penerbangan
KL ke Kochi menggunakan pesawat Air Asia. Overnight dia luar airport Kochi dan esoknya Kochi ke Srinagar (transit di New Delhi) lebih kurang 4 jam penerbangan naik domestic flight di India iaitu Indigo. Saya recommend Indigo sebab tak banyak masalah. Srinagar ke Kochi pun naik Indigo lepas tu dapat pulak sama flight dengan Rani Mukherjee. Retis bollywood tuuu.
Tempat Dilawati
Srinagar City, Dal Lake, Pahalgam, Gulmarg dan Sonamarg. Tempat-tempat yang saya lawati nanti saya share pada post seterusnya untuk lebih terperinci dan gambaran yang jelas.
Kos
Dan semestinya, mengenai kos, saya dapati kos perjalanan ke Kashmir ni sangat murah. Makan murah, hotel murah, pengangkutan pun murah cuma perjalanan domestic di dalam India saya terpaksa naik flight untuk jimatkan masa. Sejujurnya, dengan cara backpacking ni, saya hanya berbelanja separuh dari harga yang biasa ditawarkan oleh tour agent. Atau mungkin lebih dari separuh.
Dan semestinya, mengenai kos, saya dapati kos perjalanan ke Kashmir ni sangat murah. Makan murah, hotel murah, pengangkutan pun murah cuma perjalanan domestic di dalam India saya terpaksa naik flight untuk jimatkan masa. Sejujurnya, dengan cara backpacking ni, saya hanya berbelanja separuh dari harga yang biasa ditawarkan oleh tour agent. Atau mungkin lebih dari separuh.
![]() |
| Dal Lake |
![]() |
| Sonamarg |
![]() |
| Pahalgam |
![]() |
| Gulmarg |
Walaupun dikatakan tak aman, banyak pergolakan di Srinagar pada masa tu, trip ni tetap diteruskan. Akan jumpa ramai tentera bersenjata mengawal keadaan dimana-mana tapi sepanjang trip saya ni tidak ada langsung insiden tak di ingini berlaku.
Overall, trip ke Srinagar di Kashmir ni saya kira sangat best. Setiap perjalanan dihidangkan dengan permandangan yang sangat memukau. Kawasan dan persekitaran yang buat kita taknak balik. You won't regret to be in Kashmir! Kos perjalanan, masa, tenaga yang dihabiskan dikira sangat berbaloi.
Alhamdulillah.
"Berjalanlah dimuka bumi ini dan semoga dapat membuka mata, hati dan fikiran untuk mengambil pelajaran darinya."




No comments:
Post a Comment